Friday 7 June 2013

how can it happen!!!

asssalamualaikum....

hurm...susah betul untuk aq meluangkan masa mengupdate blog aq ni...
tp untuk kesempatan masa yang ada ni , teringin jugak rasanya untuk cerita pengalaman yang aku tak kan mungkin dapat lupakan setelah hampir 2 bulan aku kat kampus...

U KNOW WHAT ?!!! BOLEH PULAK AKU SALAH MASUK KELAS!!!

Di suatu pagi yang agak kelam kabut , disebabkan oleh terlewat nya bangun ... n nak dijadikan cerita ... hari tu n masa tu adalah jadual untuk subject anatomy ... di mana secara kebiasaanya lecturer yang mengajar akan mengunci pintu kelas setelah bebrapa minit beliau memasuki kelas sebelum memulakan pembelajaran beliau ... !!!

kelas tersebut bermula pada pukul 11 PAGI !!! N aq boleh pulak terbangun pukul 10.30 pagi akibat tidak tidur semalaman sehingga jam menunjukan angka 6.30 pagi ... berlakulah perebutan bilik air antara aku dan housemate aku (she's very close with me so no wonder lah sama2 xbangun) ...

aku pun yang masih lagi mamai hanya membiarkan wanita tersebut menggunakan bilik air terlebih dahulu ... (keinginan untuk menyambung semula mimpi memmbuak2 heee) TEGERAK HATI AKU UNTUK MELIHAT JAM ... wateholz....PUKUL 10.45 ... Apalagi menjeritlah aku bagai orang gila sedangkan member aku masih lagi berada dalam bilik air !!!

diringkaskan cerita setibanya kami di campus , acara marathon pun bermula  ... xsempat nk tunggu lif akibat ke'lembab'pan pak cik lif tu... pecut lah 2 orang gadis menaiki tangga hingga ke tingkat 2 ... aku yang sememangnya agak 'GELOJOH' ... lari meninggalkan member aku di belakang ...

what ?! TERLUPA CLASS !!!   

disebabkan oleh sifat gelojoh aku tu...aku pun terus membuka salah satu class yang aq begitu yakin bahawa budak2 di dalam nya adalah budak2 yang sama cos dengan aku ... setelah pintu dibuka terpana aku melihat muka seorang senior lelaki yang pernah berniat untuk menjadikan aku kekasih nya ... hahaha !!! (tetapi tidak dilayan oleh raihanah)

MUKA AKU BERBAHANG GILA !!! namun lagak ku seperti tiada apa2 yang berlaku ... pintu class di tutup semula ... rakanku yang aku tertinggal di belakang tadi terkejut melihat aku keluar semula dari class tersebut... apalagi ketawa besar lah dia melihat gelagatku yang tersalah masuk class tadi !!! ( amboih bukan main seronok kau kan!!! )

setelah aku mengambil tempat duduk (nasib lecturer x kunci pintu) tetiba berbunyi lah lagu hazama : aku mahu dia ... yang aku jadikan sebagai ringtone mesej (kesalahan kedua selepas lambat masuk class, terlupa silent fon!) aku pun curi2 bukak mesej :-

tertera nama senior aku tadi ...
senior :- npe? salah masuk class yer.. :) ( bodoh! malu tahap maximum..!!!)

member2 aku yg terbaca mesej tersebut terus ketawa kan aku ... okay fine!!!

i'll be more careful after this...